Peningkatan Matawang Gergasi Ini Ada Kaitan Dengan Pengumuman Cukai Trump Sebelum Ini!

37

US Dollar meningkat mendadak pada hari Khamis, sekali gus mencatat keuntungan berganda berbanding Yen dalam tempoh tiga minggu. Hal ini gara-gara pengumuman Donald Trump yang dikatakan akan membuat pengumuman penting terhadap pelan cukai dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

US Dollar mengukuh berbanding Euro selepas dirangsang oleh data ekonomi AS yang agak positif.

EUR/USD, 30 minit

Trump sebelum ini mengumumkan bahawa pentadbiran beliau akan mengumumkan sesuatu yang “luar biasa” dari segi cukai. Namun begitu, beliau masih tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai hal ini.

Menurut Kathy Lien, Pengarah Urusan BK Asset Management di New York mengatakan bahawa peningkatan mendadak US Dollar ini merupakan kenaikan yang agak tinggi kerana didorng oleh sentimen di AS.

US Dollar juga dikatakan meningkat lebih 5 peratus berbanding matawang utama sebaik sahaja Trump memenangi pilihanraya. Namun begitu, matawang ini mula menurun selepas Trump mengumumkan dasar perdagangan dan imigresen.

Matawang gergasi itu juga melonjak selepas data pengangguran di AS menunjukkan tuntutan pengangguran awal yang jatuh diluar jangkaan minggu lalu.

Dalam sesi ini, US Dollar Index meningkat sebanyak 0.4 peratus.

Dollar New Zealand pula mengalami kerugian besar selepas jatuh lebih 1 peratus selepas bank pusat New Zealand gagal memberi apa apa isyarat mengenai pengetatan kadar yang berpotensi untuk dilakukan sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Rancangan Perlaksaan Tarif Oleh AS Hanya Merosakkan Reputasi China! : Kementerian Perdagangan China

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat