Rancangan Perlaksaan Tarif Oleh AS Hanya Merosakkan Reputasi China! : Kementerian Perdagangan China

65

Salah seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan China mengatakan perlaksanaan kadar tarif yang tinggi terhadap barangan China hanya akan merosakkan reputasi China dan bukan atas tujuan yang lain.

Menurut China News Service, Wang Hejun iaitu Ketua Perdagangan dan Penyiasatan Biro di Kementerian Perdagangan China, mengatakan bahawa perlaksanaan tarif dilihat sengaja diletakkan tanpa apa-apa tujuan melainkan meletakkan persepsi negatif terhadap China.

Produk yang disasarkan termasuklah produk keluli, bahan kimia dan panel solar. Namun begitu, Wang berkata, tindakan itu tidak menepati peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Wang juga menambah bahawa China telah bersedia dari segi mental untuk menghadapi tahun yang dijangka lebih sukar dan lebih pertikaian perdagangan pada tahun 2017.

Badan siasatan Amerika Syarikat, bahagian anti-lambakan produk juga dikatakan telah melayan syarikat China dengan layanan yang tidak adil kerana mengabaikan bukti-bukti yang telah disediakan oleh mereka.

Terkini: Mahkamah US Menyebelahi Imigran Dari 7 Negara Islam

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat