Terkini: Mahkamah US Menyebelahi Imigran Dari 7 Negara Islam

55

Amerika Syarikat akan terus dibuka kepada pelarian dan pemegang visa dari tujuh negara islam selepas pihak kerajaan US kalah di Mahkamah Rayuan berikutan ‘arahan eksekutif’ yang dibuat bagi menghalang imigran dari tujuh negara tersebut memasuki US.

Arahan eksekutif yang dibuat oleh Presiden Trump pada 27 Januari lalu adalah bagi menghalang kemasukan imigran dari tujuh negara tersebut atas sebab keselamatan. Hal ini menjadi hangat apabila masyarakat dunia mengkritik tindakan tersebut yang menyebabkan 60,000 visa terpaksa dibatalkan.

Trump pula berkata pada Rabu, “Mahkamah seakan begitu terpengaruh dengan politik”. “Ini sangat menyedihkan”.

Tindakan Trump ini telah menghalang kemasukan warganegara Iraq yang telah menolong tentera US, seorang Profesor di Universiti Massachusetts dan juga seorang pelajar yang membawa anaknya ke US bagi tujuan perubatan.

Orang ramai di US sendiri telah mengecam tindakan tersebut yang membawa kepada perbicaraan mahkamah. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membawa perkara ini kepada ‘Supreme Court‘ yang akan menjadi halangan terbesar kepada pentadbiran Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat