Peningkatan Pelantar Minyak di US, Cabaran Kepada OPEC

106

Bacaan terbaru bagi ‘Anggaran pelantar Baker Hughes North American’ merekodkan peningkatan dalam jumlah pelantar di US kepada 658 pada Disember berbanding minggu sebelum sebanyak 653 pelantar.

Kenapa data ini penting?

Anggaran Baker Hughes (Baker Hughes Count) adalah petunjuk penting dalam industri carigali minyak. Amerika Syarikat telah mengatasi Arab Saudi dan Rusia sebagai pengeluar minyak terbesar dunia pada 2015. Oleh itu, sebarang data petunjuk dalam industri petroleum di US adalah sangat penting bagi pergerakan harga minyak global.

Dari jumlah pelantar itu, jumlah pelantar minyak meningkat dari 523 kepada 525 yang merupakan bacaan tertinggi dalam masa 12 bulan dengan pelantar gas turut meningkat dari 129 kepada 132.

Jumlah pelantar minyak di US kini hanya kurang 11 dari jumlah 536 pada 2015, menunjukkan kebarangkalian yang tinggi peningkatan dalam pengeluaran minyak di US pada 2017.

Dalam hal ini Texas sebagai negeri terbesar di Amerika dalam pengeluaran minyak menunjukkan peningkatan jumlah pelantar dari 321 kepada 324 dengan Oklahoma merekodkan jumlah 86 pelantar diikuti North Dakota sebanyak 33 pelantar.

Walaubagaimanapun, tiada respon yang begitu signifikan dalam pasaran minyak global berikutan pengumuman laporan jumlah pelantar oleh Baker Hughes.

Ketika ini minyak mentah (West texas Intermediate, WTI) berada di paras $53.90 setong, manakala minyak Brent (Brent oil) berada di paras $56.82 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat