PENJANA Beri Sinar Baharu Buat Pemilik Ladang, Petani Dan Nelayan

185

Umum mengetahui bahawa industri pertanian dan makanan adalah sebahagian sektor yang terjejas akibat daripada penularan wabak COVID-19. Oleh yang demikian, kedua-dua industri berkenaan memerlukan sokongan dan bantuan modal bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan.

Sehubungan dengan itu, Rancangan Pemulihan Ekonomi Nasional atau lebih dikenali sebagai PENJANA mula memainkan peranan dengan menyuntik dana kepada industri yang terjejas. Melalui inisiatif ini, para pemilik lading, petani dan nelayan akan diberikan peruntukan modal untuk meneruskan aktiviti mereka.

Terdapat 3 bantuan khusus yang akan diberikan dengan peruntukan RM350 juta melalui Skim Pembiayaan Kredit Mikro di bawah Agrobank (Dana Agrofood), merupakan insentif yang diberikan kepada syarikat perintis untuk memperkasakan mobiliti pekerjaan pertanian dan in-kind contribution untuk membantu sektor pertanian.

Menurut Pengerusi lembaga pengarah Pertubuhan Peladang Nasional (Nafas) Dr Anis Mahmud @ Abdul Samad mendedahkan rancangan itu adalah bantuan tambahan kepada golongan petani yang telah pun menerima pakej rangsangan ekonomi sebelumnya.

Selain itu, inisiatif ini juga menyediakan program latihan bagi individu yang berminat untuk menceburi bidang pertanian. Beberapa syarikat perintis akan diberikan peruntukan dana dan menyediakan skim latihan bagi individu yang berminat.

Seterusnya, para petani bandar akan diberikan bantuan dari segi peralatan dan keperluan pertanian seperti benih, baja, nasihat dan latihan, bernilai RM500 setiap orang dan RM50,000 setiap komuniti.

Sementara itu, pengurus besar Persatuan Nelayan Nasional (NEKMAT), Azrin Shah Ismail berkata PENJANA dapat membantu nelayan yang menghadapi masalah modal atau pembiayaan dalam membeli dan memperbaiki peralatan mereka. Tambahan daripada itu beliau mengatakan bahawa pemasaran hasil laut telah terjejas semasa perintah kawalan pergerakan (MCO) kerana pandemik Covid-19 lalu menyebabkan kegiatan nelayan berhenti sementara.

Anda mungkin juga berminat