Penjelasan UK-EU Bakal Jadi Penentu Arah Pergerakan GBP

449

Matawang euro meneruskan kenaikan dengan merekodkan paras ketinggian terbaru lebih dua tahun disokong oleh kelemahan US dolar sebelum mengurangkan sedikit keuntungannya pada awal sesi dagangan Eropah.

Laporan akhir data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah sedikit mengecewakan pasaran selepas mencatatkan bacaan yang bercampur-campur menyebabkan pergerakan matawang euro agak terbatas.

Bagaimanapun, matawang itu kekal didagangkan menguat di sekitar paras harga 1.21000 berbanding USD berikutan optimisme pasaran terhadap vaksin Covid-19 dan langkah rangsangan fiskal yang bakal dilancarkan di Amerika Syarikat.

Sementara matawang pound pula didagangkan positif di atas paras harga 1.34000 berbanding US dolar setelah mencatatkan kejatuhan ketara pada hari Rabu, membuatkan pasaran tidak keruan menantikan perkembangan terbaru mengenai rundingan Brexit.

Para perunding UK dan Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan memberi penjelasan mengenai perkembangan semasa sama ada pada hari ini atau esok, bergantung kepada bagaimana rundingan berlangsung di London beberapa jam lagi.

Dalam pada itu, Menteri Luar Ireland, Simon Coveney menyatakan keyakinan beliau bahawa kesepakatan antara kedua-dua pihak akan dapat dicapai.

Selain itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama terus didagangkan lemah pada 91.02.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat