Pentadbiran AS Semakin Optimis – Rundingan Perjanjian Perdagangan Akan Diteruskan Seawal Minggu Hadapan!

202

Pada hari Khamis, Menteri Jabatan Perdagangan Greg Hands telah memberi informasi terkini mengenai perjanjian perdagangan antara UK dan Amerika Syarikat. Menurut beliau, UK akan mengadakan pusingan rundingan baru dengan Amerika Syarikat mengenai perjanjian perdagangan pada minggu hadapan.

Britain meletakkan satu keutamaan perjanjian perdagangan dengan A.S dan membina hubungan perniagaan baru di seluruh dunia setelah membuat pengunduran dari Kesatuan Eropah. Hands mengumumkan pada hari ini bahawa pusingan seterusnya mengenai hubungan perniagaan antara UK dan AS akan bermula pada Selasa hadapan iaitu pada 8 September.

Setakat ini prospek perjanjian dengan A.S sedikit tenggelam kerana pilihan raya presiden yang bakal diadakan pada November ini dan terdapat kemungkinan pentadbiran baru dengan keutamaan baru mengambil alih.

Britain sedang mensasarkan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan A.S, Jepun, Australian, New Zealand dan Kesatuan Eropah. Pentadbiran UK menyatakan bahawa perjanjian dengan Jepun dijangka dapat diselesaikan dalam masa beberapa minggu akan datang.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat