Pentadbiran Biden Sedia Untuk Sekatan Covid-19 Lebih Lanjut?

393

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tidak akan menolak penutupan (lockdown) lebih lanjut untuk mengurangkan penularan Covid-19 jika para saintis mengesyorkan tindakan tersebut, menurut Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre pada hari Khamis.

Kenyataan ini dibuat setelah Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) mencadangkan garis panduan baru mengenai pemakaian pelitup muka, dengan 96,085 kes coronavirus baru dilaporkan pada hari Khamis, iaitu peningkatan satu hari terbesar sejak Februari.

Semasa taklimat media, Peter Doocy dari Fox News mengatakan Presiden Biden sebelum ini telah berjanji bahawa tidak ada penutupan lagi akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya mempersoalkan kenapa rakyat AS perlu percaya dengan Biden, memandangkan beliau telah membuat perjanjian serupa mengenai pemakaian pelitup muka sebelum ini, yang mana CDC turut mencadangkan supaya orang yang sudah divaksinasi untuk tetap memakai pelitup muka.

Bagi menjawab kepada persoalan itu, Jean-Pierre mengatakan keputusan yang dibuat oleh Biden adalah untuk menyelamatkan nyawa. Timbalan setiausaha akhbar itu juga berpendapat data Covid-19 sejak enam bulan terakhir menunjukkan Biden telah menyelamatkan nyawa ramai rakyat AS dengan kadar vaksinasi yang lebih cepat.

Doocy kemudian bertanya adakah pentadbiran akan menyokong penutupan tambahan sekiranya para saintis mengesyorkan penutupan dilaksanakan. Jean-Pierre mengatakan bahawa pentadbiran AS akan mendengar pendapat CDC dan para pakar, kerana ini adalah keadaan kesihatan awam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat