Pentadbiran Trump Bakal Umum Pelaksanaan Tarif EU, Mungkin Ada Penangguhan Lagi?

253

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangkakan akan sekali lagi menangguhkan keputusannya untuk melaksanakan tarif import ke atas kereta dan alat penggantinya dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Pengumuman mengenai pelaksanaan tersebut mungkin akan diumumkan dalam minggu ini memandangkan pentadbiran Trump hanya mempunyai masa untuk membuat keputusan sehingga hari ini.

Tarikh akhir untuk keputusan itu sebenarnya sudah ditangguhkan sejak Mei lalu kerana Trump mengarahkan Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer untuk mendapatkan rundingan dengan EU dan Jepun dan melaporkan kepadanya dalam masa 180 hari. Tarikh akhir tersebut akan berakhir pada hari ini.

Lighthizer telah membuat rundingan dengan Jepun yang membuka pasaran negara itu kepada lebih produk pertanian AS dan mengetatkan undang-undang perdagangan digital. Berikutan daripada itu, beliau memberitahu bahawa beliau tidak menjangkakan Trump akan melaksanakan tarif ke atas Jepun.

Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah menandatangani perjanjian perdagangan pada September lalu mengenai pemotongan tarif ke atas barangan pertanian AS, alat mesin Jepun dan barangan lain.

Syarikat pembuat kereta utama dunia juga turut menjangkakan penangguhan tersebut berikutan pertikaian dagangan AS dengan China yang masih belum selesai. Lighthizer juga dilaporkan telah meminta banyak pembuat kereta asing untuk menyediakan pelaburan yang mereka lakukan di AS.

Sementara itu, dengan mengulas kembali kenyataan oleh Setiausaha Perdagangan AS Wilbur Ross sebelum ini yang menyatakan tarif ke atas import EU adalah tidak perlu, pihak EU turut menjangkakan Trump akan menangguhkan keputusannya untuk enam bulan lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat