Pentadbiran UK Terhimpit, Ini Petanda Dan Solusi Terkini Diumumkan Rishi Sunak!

394

Menteri kewangan Britain Rishi Sunak dalam ucapannya sebentar tadi mengumumkan pengurangan cukai untuk pekerja dan duti ke atas bahan api pada hari Rabu. Langkah ini sebagai ikhtiar untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup yang membebankan berikutan inflasi yang meningkat dengan pantas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Dalam kemasikini bajet pertengahan tahun, Sunak turut meningkatkan caruman insuran dan keselamatan sosial yang lebih tinggi iaitu sebanyak $3,958.50 pada tahun ini.

Kata beliau, pemotongan cukai peribadi adalah berjumlah 6 bilion pound yang merangkumi 30 juta orang di seluruh United Kingdom. Sunak menambah bahawa pemotongan cukai itu bersamaan dengan lebih daripada 330 pound setahun bagi setiap pekerja, menjadikannya pemotongan cukai peribadi tunggal terbesar dalam satu dekad.

Waima begitu masih kekal dengan rancangannya untuk meningkatkan caruman insurans negara mulai bulan depan, sebahagian daripada rancangannya untuk membiayai lebih banyak perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan dan sosial selepas pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan politik, Sunak dan Perdana Menteri Boris Johnson sedang berhadapan dengan tekanan, termasuk daripada penggubal undang-undang dalam Parti Konservatif mereka kerana perlu mencari solusi untuk mengurangkan beban isi rumah rentetan peningkatan kos sara hidup.

Sunak mengumumkan ramalan baharu yang menunjukkan ekonomi Britain akan berkembang lebih perlahan tahun ini berbanding yang diramalkan sebelum ini. Hal ini berikutan ketidaktentuan impak oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dan inflasi.

Ramalan yang dibuat oleh Office for Budget Responsibility (OBR) menunjukkan ekonomi berkemungkinan berkembang sebanyak 3.8% pada 2022, kelembapan mendadak daripada ramalan 6.0% yang dibuat pada Oktober.

Inflasi, seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna, kini dilihat pada 7.4% pada 2022, berbanding ramalan Oktober sebanyak 4.0%. OBR meramalkan bahawa keluaran dalam negara kasar akan berkembang sebanyak 1.8%, 2.1% dan 1.8% pada 2023, 2024 dan 2025.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat