Penularan Varian Delta Di Pasaran AS Rencatkan Sentimen Pengguna!

1,530

Keyakinan pengguna A.S. catat penurunan pada bulan September untuk bulan ketiga berturut-turut. Ini membawa indikasi bahawa impak penularan varian delta semakin membimbangkan dengan ditambah harga barangan yang lebih tinggi.

Bacaan Indeks jatuh kepada bacaan 109.3 dari bacaan 115.2 yang disemak pada bulan Ogos berdasarkan laporan yang dikeluarkan sebentar tadi. Ahli ekonomi disisi lain menjangkakan bacaan yang jauh lebih tinggi iaitu pada bacaan 115.0.

Angka tersebut membawa indikasi bahawa penularan varian delta memberi kesan kepada perspektif penguna terhadap ekonomi. Walaupun kes penularan Covid-19 baru mencatatkan penurunan namun ia masih menunjukkan trend meningkat bagi negara-negara lain.

Dalam masa yang sama, rakyat Amerika membayar lebih banyak untuk barangan isi rumah, ini secara tidak langsung lebih membebani sentimen.

“Keyakinan pengguna menurun pada bulan September ketika penularan varian delta terus mengurangkan optimisme pengguna,” kata Lynn Franco, pengarah kanan indikator ekonomi. Tambah beliau, kekhuatiran mengenai keadaan ekonomi dan prospek pertumbuhan jangka pendek yang semakin meruncing,sementara perbelanjaan untuk isi rumah, kenderaan dan peralatan utama semakin berkurangan.

Disisi yang berbeza, pengguna juga kurang optimis mengenai pendapatan dan prospek pekerjaan mereka. Angka tersebut mengikuti indeks sentimen pengguna awal University of Michigan, yang naik pada awal September tetapi tetap mendekati paras terendah hampir satu dekad.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat