Penumpang Yang Membawa Note 7 Dalam Mana-Mana Penerbangan di AS Akan Dianggap Sebagai Penjenayah!

41

Kita pasti sedia maklum dengan isu yang telah menimpa Samsung Electronics Co. bukan?

Justeru, bertitik tolak dari 2 kes letupan Note 7 sebelum ini,  Samsung telah mengambil inisiatif menubuhkan beberapa booth di lapangan terbang utama dunia. Langkah ini diambil bagi menghentikan sebanyak mungkin penggunaan model itu agar sekali lagi tidak mengundang tragedi.

Kaunter perkhidmatan pelanggan Samsung buat permulaannya ditubuhkan di Lapangan Terbang Korea Selatan, dan kemudiaannya meliputi sehingga Australia dan seluruh Amerika Syarikat.

Di kaunter tersebut, Samsung membenarkan pemilik Galaxy Note 7 menukar telefon bimbit mereka kepada peranti mudah alih yang lain dan memindahkan data pelanggan ke telefon bimbit yang baru.

Penganalisis juga menjangkakan bahawa hampir 1 juta Note 7 masih digunakan di seluruh dunia. Sejak minggu lepas, penumpang yang membawa Note 7 dalam mana-mana penerbangan di Amerika Syarikat akan dianggap sebagai jenayah persekutuan. Pesalah yang didapati menyeludup masuk telefon bimbit tersebut ke dalam penerbangan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Kenyataan dari laman web rasmi Samsung
Kenyataan dari laman web rasmi Samsung

Secara asasnya, jika anda merancang untuk bercuti yang melibatkan penerbangan ke mana-mana, tinggalkan apa jua alat komunikasi yang boleh meletup agar tidak terbang bersama-sama anda!

Ekonomi Korea Selatan Goyah Gara-Gara Note 7!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat