Ekonomi Korea Selatan Goyah Gara-Gara Hyundai Motor dan Samsung Electronics!

69

Berita mengenai rusuhan di Hyundai Motor Co dan penghentian jualan Galaxy Note 7 oleh Samsung Electronics Co Ltd benar-benar memberi tamparan hebat buat ekonomi Korea Selatan.

Pun begitu, pertumbuhan ekonomi negara tersebut masih berada pada landasan yang betul bagi memenuhi sasaran kerajaan pada tahun ini.

Berita-berita yang berimpak besar seperti Hyundai dan Samsung sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada pertumbuhan negara terutamanya pada seeparuh kedua tahun ini.

Perkara tersebut diberitahu oleh Lee Chan-Woo kepada pemberita, ketika diminta mengulas mengenai berita yang menimpa syarikat Samsung. Syarikat tersebut dianggarkan bakal mengalami kerugian kira-kira $3 billion terhadap keuntungan operasi keseluruhan syarikat dalam tempoh 6 bulan akan datang.

Walau bagaimanapun,  ekonomi Korea Selatan bukanlah semata-mata disumbangkan oleh kedua-dua syraikat ini, mahalan melalui keseluruhan penggunaan dan pelaburan.

Timbalan Menteri Ekonomi Korea Selatan mengatakan bahawa pertumbuhan negara tersebut pada tahun ini boleh mencecah sasaran sebanyak 2.8%.

Adakah Keputusan Gabenor Bank Jepun Ini Baik Untuk Ekonomi Jepun? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat