Penurunan Pada AUD/USD Kembali Uji Zon Support 0.69700 Minggu Lalu

216

Sentimen pasaran untuk permulaan dagangan minggu ini masih kekal berisiko. Penyusutan nilai matawang Yuan China turut mendorong kejatuhan Aussie sejak awal sesi Asia hari ini bermula.

Perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China dilihat semakin tegang di mana kadar tarif terhadap barangan China telah dinaikkan oleh Amerika Syarikat. China bakal bertindak balas terhadap tindakan tersebut namun belum terdapat sebarang laporan terperinci berhubung perkara tersebut.

Jika diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada Jumaat, dagangan agak mendatar di sekitar paras 0.7000 dengan kedua-dua matawang dolar Australia dan Amerika Syarikat masih berisiko dalam pasaran.

Harga yang memulakan dagangan hari ini di bawah paras Magic Pivot 0.6998 telah membuat penurunan sehingga ke paras support 0.6977 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga dilihat menguji zon support yang gagal ditembusi pada minggu lalu di sekitar paras harga 0.69700-0.69600. Penurunan lebih rendah harga akan mengatasi paras support pada 0.6958 (MagicS2) sebelum terus mencatatkan paras terendah yang baru pada AUD/USD di sekitar paras 0.6938 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan kenaikan harga akan melepasi paras Magic Pivot sebelum menguji paras ketinggian harga pada Jumaat lalu iaitu pada resistance 0.7017 (MagicR1).

Harga yang berjaya melonjak lebih tinggi dari paras tersebut berkemungkinan mampu mencapai paras ketinggian sehingga resistance 0.7056 (MagicR3) dengan mencatatkan sekitar 60 pips kenaikan dari paras Magic Pivot.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6977, 0.6958, 0.6938.

Paras resistance: 0.7017, 0.7037, 0.7056.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat