Penyalahgunaan Dominasi Pasaran, Google Didenda $177 Juta

422

Baru-baru ini, agensi antimonopoli Korea Selatan telah mengemukakan hukuman denda kepada Google sebanyak 207 juta won Korea ($176.64 juta).

Tindakan denda tersebut susulan syarikat gergasi teknologi AS diduga telah menyalahgunakan kedudukan pasarannya untuk menghalang persaingan dalam pasaran sistem operasi mudah alih.

Sistem pengoperasian Android Google pada ketika ini dilihat sebagai pemegang bahagian terbesar dalam pasaran telefon pintar yang mana ia berada di hadapan platform iOS Apple.

The Korea Fair Trade Commission (KFTC) menjelaskan bahawa Google didakwa menggunakan kedudukan dominannya untuk membanteras pembuat telefon pintar seperti Samsung daripada menggunakan sistem operasi yang dibangunkan oleh pesaingnya.

Denda yang dikenakan itu adalah kecil jika ingin dibandingkan dengan angka suku tahunan syarikat teknologi itu yang mana ia melaporkan telah memperoleh pendapatan sebanyak $61.88 bilion.

Google juga mengkehendaki pembuat telefon pintar agar mempersetujui “perjanjian anti-fragmentasi (AFA)” ketika menandatangani kontrak utama dengan Google mengenai lesen kedai aplikasi.

Melalui perjanjian AFA, setiap pembuat peranti tidak dibenarkan memasang versi Android yang diubah suai yang dikenali sebagai “Android forks”.

Ekoran daripada langkah itu secara tidak langsung telah menyokong Google untuk mengukuhkan dominasi pasarannya di pasaran OS mudah alih.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat