Penyingkiran WeChat Akan Bawa Tulah Kepada AS? Ikuti Hasil Tinjauan Ini!

682

Berdasarkan sebuah tinjauan yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Amerika di Shanghai pada hari ini, perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang menyekat aplikasi pesanan WeChat akan menjejaskan pendapatan bagi syarikat di China yang berada di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat.

Pada 6 Ogos, White House mengatakan bahawa dalam 45 hari, ia akan menyekat sebarang transaksi Amerika Syarikat  dengan WeChat dan syarikat induknya, Tencent disebabkan oleh isu keselamatan data. Menurut syarikat teknologi terkemuka China itu, Tencent mendedahkan bahawa WeChat mempunyai lebih daripada 1.2 bilion pengguna di seluruh dunia.

Umum mengetahui bahawa aplikasi tersebut adalah platform pesanan dan media sosial yang dominan di China, dengan pelagai fungsi termasuk pesanan suara hingga aplikasi mini untuk membeli-belah dalam talian. Di samping itu, WeChat Pay juga adalah pesaing pembayaran mudah alih utama kepada Alipay yang dimiliki oleh Alibaba.

Persoalannya, apakah impak yang bakal diterima oleh Amerika Syarikat khususnya sektor perniagaan jika aplikasi yang digunakan oleh majoriti syarikat dan rakyat negara itu disekat? Berikut merupakan hasil daripada tinjauan yang dilaksanakan.

*88% menjangkakan kesan negatif terhadap operasi sekiranya WeChat tidak dapat digunakan untuk komunikasi.

*56.3% menjangkakan kehilangan daya saing.

*Lebih daripada 40% meramalkan kesan negatif terhadap pendapatan mereka, dengan lebih dari satu pertiga menjangkakan kehilangan pendapatan global.

Sementara itu, penganalisis dari firma penyelidikan Gavekal Dragonomics mengatakan dalam laporan tahun lalu bahawa pada tahun 2016, penjualan perniagaan Amerika di China melebihi $ 450 bilion, sementara penjualan China di Amerika Syarikat adalah kurang dari $ 50 bilion.

Sekiranya perintah eksekutif hanya terhad pada urus niaga di Amerika Syarikat, 46.5% responden kajian mengatakan bahawa kesan yang bakal diperolehi adalah terhad, manakala seperempat lagi menyatakan bahawa tiada sebarang kesan daripada penyekatan itu.

Selain itu, salah seorang responden telah mengemukakan pendapat, jika WeChat telah atau melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang di Amerika Syarikat, maka mereka perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya di bidang kuasa tersebut tetapi jangan melarang warga negara itu yang memilih untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat