Perairan Singapura Dibanjiri Kapal Tangki Minyak

85,834

Kira-kira 60 kapal tangki minyak dilaporkan memenuhi ruang perairan Singapura menunggu permintaan global terhadap penggunaan bahan bakar yang dilihat merundum bagi meningkatkan penggunaan kapal sebagai penyimpanan kargo.

Bilangan kapal yang berlabuh dianggarkan melebihi dari bilangan biasa iaitu antara 30 hingga 40 kapal. Beberapa kapal digunakan untuk mengumpul bahan bakar di laut dan berikutan kesan daripada wabak Covid-19, kapal yang lain sekadar berlabuh dan menunggu untuk dipanggil oleh mana-mana pembeli seluruh dunia yang berminat.

Kapal yang dipenuhi dengan produk minyak seperti petrol dan bahan bakar bagi jet pejuang, merupakan dari Korea Selatan dan China akibat dari kemerosotan permintaan domestik dan stok yang berlebihan. Ketibaan kapal-kapal ini di Selat Singapura telah menimbulkan kekacauan kerana kelewatan pemunggahan di negara itu.

Pihak mereka mungkin perlu menunggu dua minggu sebelum melepaskan muatan berbanding pada hari biasa yang hanya memerlukan empat hingga lima hari, menyebabkan kapal-kapal tersebut terkandas di perairan.

Penyimpanan yang sering dilakukan di tangki darat oleh seluruh negara berdepan kesukaran kerana kapasiti tangki dipenuhi dengan cepat hingga memaksa pedagang, kilang minyak dan syarikat infrastruktur untuk mencari alternatif lain seperti saluran paip dan kapal.

Sebelum ini, pihak tersebut berjaya mendapat tangki yang diingini di Singapura walaupun ditawarkan dengan harga yang tinggi ketika negara itu berhenti menyewakan ruang kepada pelanggan lain.

Di Singapura, stok bahan bakar naik ke paras tertinggi empat tahun pada pertengahan April. Kadar pemprosesan minyak mentah di kilang juga turun hingga sekitar 60% dan mungkin akan turun lebih rendah pada 50% untuk suku kedua. India pula mencatatkan tangki penuh hingga 95% pada minggu lalu dan pihak kilang berusaha untuk mencari ruang penyimpanan minyak berlebihan.

Justeru, penggunaan kapal tangki sebagai penyimpanan stok merupakan pilihan terbaik dengan anggaran dari firma analitik Vortexa, penyimpanan minyak mentah di kapal meningkat pada ketinggian empat tahun. Manakala, firma data Kpler turut menyatakan peningkatan dari Singapura dan Malaysia ialah sebanyak 45% bulan ke bulan dalam jumlah bahan bakar bersih telah disimpan di kapal hingga 6.64 juta tong sehingga 23 April.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat