Perancis Berkeras Kenakan Tarif Ke Atas Facebook Dan Google Walaupun Diancam Amerika!

525

Perancis berkeras untuk mengenakan tarif yang telah dirancang ke atas syarikat Facebook Inc dan Google walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa tindakan tersebut boleh membawa kepada amalan perdagangan yang tidak adil.

Berdasarkan laporan, Senat Perancis telah meluluskan rancangan undang-undang (RUU) sebanyak 3% tarif ke atas syarikat gergasi teknologi tersebut yang mencatat jumlah hasil global sebanyak $845 juta dan 25 juta euro di Perancis bagi jualan digital.

Trump telah mengarahkan siasatan terhadap rancangan cukai perkhidmatan internet Perancis yang akan memberi kesan kepada syarikat gergasi teknologi AS. Siasatan tersebut terhadap amalan perdagangan tidak adil boleh membuatkan Washington untuk mengenakan tarif hukuman kembali seperti mana sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Perancis mengatakan bahawa tarif digital tersebut menepati syarat dagangan antarabangsa dan tidak akan menerima ancaman tarif sebagai alat yang sering digunakan oleh AS sebelum ini.

Menurut Menteri Kewangan Perancis, beliau percaya bahawa di antara negara-negara sekutu, kita seharusnya menyelesaikan dengan cara yang lain selain daripada ancaman.

Dengan pengenaan tarif ini, Perancis akan menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah yang melakukan tindakan tersebut. Manakala, negara-negara lain seperti UK dan Jerman masih dalam proses mempertimbangkan keputusan pengenaan tarif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat