Perancis ‘Gantung’ Morgan Stanley

352

Pengawal selia di Perancis telah menggantung bank pelaburan Amerika Syarikat, Morgan Stanley daripada bertindak sebagai perunding utama bon kerajaan Perancis sekurang-kurangnya 3 bulan setelah didapati memanipulasikan harga.

Sebelum ini, Morgan Stanley telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam penjualan hutang kerajaan Perancis yang diuruskan oleh agensi negara AFT, yang menjatuhkan hukuman tersebut.

Menurut agensi berkenaan, mereka telah memutuskan untuk menangguhkan status Morgan Stanley sebagai trader untuk jangka masa minimum tiga bulan, berkuat kuasa dari 4 Ogos 2020, kerana ianya melibatkan transaksi yang serius serta dapat mempengaruhi kecairan pasaran bon berdaulat Perancis.

Pada bulan Disember yang lalu, pegawai pasaran kewangan Perancis telah menjatuhkan hukuman dendah terhadap Morgan Stanley sebanyak $ 22 juta kerana memanipulasikan pasaran pada kemuncak krisis hutang Yunani.

Selain itu, Morgan Stanley telah memanipulasikan harga bon Perancis dan Belgia pada bulan Jun 2015 dengan tujuan untuk mendorong peningkatan abnormal dalam harga bon dan menjualnya semula untuk mengaut keuntungan. Pada ketika itu, bank tersebut telah membeli sejumlah besar kontrak niaga hadapan untuk bon Perancis dan Jerman pada 16 Jun 2015 hanya dalam tempoh 15 minit bagi menjayakan rancangan tersebut.

Akan tetapi, bank pelaburan Amerika Syarikat berkenaan menafikan dakwaan memanipulasi pasaran serta menyifatkan hukuman denda yang dikenakan sebagai tidak profesional serta tidak masuk akal.

Seterusnya, ATF mendedahkan bahawa Morgan Stanley boleh mendapatkan semula status sebagai trader rasmi tertakhluk kepada aspek pematuhan mereka terhadap undang-undang negara itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat