Perancis Tiba-tiba Mahu Berpaling Dari Amerika Lepas Jumpa China!

888

Usai pertemuan bersama Presiden China Xi Jinping, Presiden Perancis Emmanuel Macron membuat kenyataan ‘berani mati’ tentang hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Bercakap kepada Politico, Macron menegaskan Eropah perlu mengurangkan kebergantungannya kepada Amerika Syarikat.

Semasa temu bual, beliau sekali lagi mengemukakan cita-cita tingginya untuk mengubah Eropah menjadi ‘autonomi strategik’ yang harus dipimpin oleh Perancis.

Tambahnya lagi, Macron percaya bahawa Eropah boleh menjadi ‘kuasa besar ketiga’ yang mungkin mengetepikan Barat dan China.

Selain itu, beliau juga menggesa kepada negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk mengelak daripada terlibat dalam ketegangan yang memuncak antara China dan AS berhubung isu Taiwan.

Ujar Macron, risiko besar yang dihadapi oleh Eropah ialah terperangkap dalam krisis bukan miliknya, yang menghalang ia daripada membina autonomi strategiknya.

Xi Jinping dan Parti Komunis China turut menyokong konsep autonomi strategik Macron, di mana pegawai Beijing sentiasa merujuk terma tersebut dalam urusan dengan negara-negara Eropah.

Pertemuan Macron dan Xi Jinping pada awalnya adalah untuk menggesa China membantu menamatkan perang di Ukraine. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku.

Dalam pada itu, beberapa jam selepas Macron meninggalkan Guangzhou, Beijing melancarkan latihan ketenteraan yang besar di sekitar pulau Taiwan.

Latihan itu adalah tindak balas kepada lawatan diplomatik 10 hari Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen ke negara-negara Amerika Tengah, termasuk pertemuannya dengan Speaker Dewan Rakyat AS, Kevin McCarthy di California.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat