Perang Dagang AS-China Jejaskan Pasaran Kripto?

1,038

Konflik perang dagang Amerika Syarikat (A.S) dan China kembali menjadi tumpuan selepas Joe Biden mengambil jawatan Presiden. Ramai yang menantikan apakah keputusan yang bakal di ambil oleh pentadbiran A.S. Baru-baru ini, pengasas Ethereum, Vitalik Buterin telah tampil untuk beri pandangan dalam wawancara beliau bersama Morgan Beller.

Walaupun perang dagang AS dengan China dalam beberapa tahun terakhir telah memberi impak terhadap ekonomi dunia, namun pengasas Ethereum ini berpendapat hal yang sebaliknya akan berlaku pada pasaran kripto. Menurut beliau, konflik perdagangan akan mendorong pasaran untuk melabur dalam kripto.

Semasa pentadbiran Trump, pihak A.S telah mengenakan sekatan yang ketat terhadap China. Antaranya pengharaman teknologi Huawei. Trump malah cuba untuk melarang aplikasi sosial yang memiliki 1 billion pengguna iaitu WeChat atas alasan masalah keselamatan.

Buterin juga berpendapat bahawa tindakan Trump adalah tidak wajar. Sikap angresif pihak AS terhadap syarikat teknologi dari China akan beri kesan kepada ramai pemain ekonomi. Lanjut beliau, tindakan larangan dan pengenaan tarif bagi melindungi warga A.S tidak akan membawa manfaat yang besar. Beliau melihat tindakan itu lebih kepada untuk melindungi kepentingan negara.

Justeru beliau menegaskan desentralisasi adalah langkah yang lebih baik bagi menyelesaikan cabaran yang sedang dihadapi. Desentralisasi menunjukkan bahawa pentadbira benar-benar peduli untuk melindungi warga A.S.

Harga Ethereum telah melonjak ke paras tertinggi pada paras harga $1,810.62 setakat jam 9.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat