Perang Dagangan Beri Impak Negatif Terhadap Sektor Teknologi

350

Industri teknologi merupakan penggerak utama di dalam pertumbuhan saiz pasaran di Amerika Syarikat. Sebarang perubahan ketara dari sektor ini mampu memberi kesan kepada pergerakan indeks utama negara itu. Apple, Google dan Microsoft antara syarikat besar yang mendominasi sektor teknologi di sana.

Kejayaan sektor ini jelas terlihat di mana syarikat-syarikat teknologi memilih menggunakan lebihan tunai di tangan. Pada 2018 sahaja, sektor teknologi maklumat (IT)membenarkan sejumlah $369 bilion dalam pembelian semula, yang mewakili 34% daripada semua pembelian semula yang diumumkan tahun itu.

Namun akhir-akhir ini situasi itu berubah secara drastik, didorong oleh perang dagangan yang dilihat tidak berpihak keapda sektor ini. Terdapat beberapa penarikan yang luar biasa di dalam prestasi sektor ini serta pengumuman mengenai pembelian semula. Perkara ini memberi bayangan awal tentang kemelesetan yang bakal terjadi.

Ini termasuk pembelian semula $100 bilion Apple pada Mei 2018 dan anggaran 35% daripada pembelian semula secara lengkap dilakukan pada tahun tersebut. Sebagai perbandingan, syarikat dari sektor IT menyumbang kira-kira 22% daripada pengumuman pembelian semula tahun ini berbanding sektor kewangan 28%.

Walau bagaimanapun, sektor teknologi telah mengalami penurunan di dalam pembelian semula pada tahun ini. Ini memberi petunjuk tentang bagaimana syarikat di dalam sektor ini merencanakan hala tuju mereka pada masa hadapan.

Saham Apple ditutup rendah pada $208.49, jatuh $0.52, begitu juga saham Google yang turun $4.75 kepada $1,118.10. Turut mengalami nasib sama, saham Microsoft yang jatuh $0.33 kepada $137.79.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat