Perang Perdagangan Semakin Hangat – Safe Haven YEN Mungkin Melonjak

1,015

Beri perhatian kepada aset safe-haven hari ini iaitu Yen, Chf dan emas kerana berkemungkinan ia akan mendapat sokongan daripada pengumuman terbaru Amerika Syarikat.

Trump akan mengumumkan tariff terhadap China pada hari Khamis yang dijangka membuatkan pelabur lebih bimbang dengan perang perdagangan. Langkah ini bertujuan untuk melindungi produk teknologi A.S daripada dan dilihat akan mengundang tindak balas daripada China yang akan memburukkan lagi sentimen pasaran.

Setakat ini tiada petunjuk tentang saiz skop dan tariff baru tesebut. Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer berkata pada hari Rabu tariff tersebut disasarkan kepada sektor teknologi China termasuk sekatan terhadap pelaburan China di Amerika Syarikat.

China dikhabarkan mengancam untuk membalas dengan mengenakan tariff kepada eksport pertanian A.S. jika tariff import China mencecah $60 bilion.

Amerika Syarikat berhadapan defisit perdagangan dengan China sebanyak $ 375 bilion. Anggaran kos barang tiruan, perisian cetak rompak juga dianggarkan boleh mencecah sebanyak $600 bilion, menurut satu kajian.

Sentimen mengenai perang perdagangan global bermula pada awal bulan ini apabila Trump mengumumkan tarif yang tinggi terhadap import keluli dan aluminium. Ia disasarkan kepada lebihan dagangan China yang juga memberi kesan kepada Kesatuan Eropah (EU).

Lighthizer mengakui bahawa China berkemungkinan akan bertindak balas terhadap eksport pertanian Amerika Syarikat, terutamanya kacang soya, dan berkata jika itu berlaku, Washington akan mengenakan “langkah-langkah balas”.

Trump telah bertegas dalam perdagangan apabila meninggalkan 14 negara pakatan perdagangan pasifik (TPP) dan mengancam untuk menarik diri dari Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

Presiden Trump juga menyerang Jerman dengan mengatakan ia menyembunyikan tariff untuk memenangi kelebihan eksport untuk industri kereta mereka.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat