Perbelanjaan Pengguna A.S Catat Pertumbuhan Pada Ogos, Inflasi Jadi Tumpuan Utama!

639

Perbelanjaan pengguna A.S catat peningkatan lebih banyak daripada yang dijangkakan pada bulan Ogos dan terdapat penuruna pada bulan Julai setelah disemak semula. Hal ini membawa indikasi bahawa ekonomi bertumbuh dengan perlahan pada suku ketiga kerana peningkatan jangkitan Covid-19 yang membendung permintaan untuk perkhidmatan.

Jabatan Perdagangan mengatakan pada hari Jumaat bahawa perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih dari dua pertiga aktiviti ekonomi AS, melonjak 0.8% pada bulan Ogos, menghapuskan sebahagian penurunan penjualan kenderaan bermotor.

Data untuk bulan Julai disemak semula untuk menunjukkan perbelanjaan menurun 0.1% dan bukannya memperoleh 0.3% seperti yang dilaporkan sebelumnya. Bacaan bulan Ogos juga lebih tinggi daripada ramalan para pakar ekonomi yang mensasarkan peningkatan 0.6% pada bulan Ogos.

Peningkatan perbelanjaann didorong oleh perbelanjaan kembali ke sekolah dan pembayaran kredit cukai anak dari pemerintah. Disisi lain, jangkitan penularan pandemik semakin menurun yang mendorong kepada peningkatan permintaan untuk perjalanan dan perkara lain.

Menurut ketua strategi global di JPMorgan Funds di New York, ‘momentum pengguna dijangka meningkat pada bulan-bulan akan datang dan ini akan mendorong ekonomi untuk terus pulih dan inflasi cenderung tinggi.

Inflasi mengekalkan aliran menaik pada bulan Ogos. Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu dengan naik 0.3% setelah meningkat dengan margin yang sama pada bulan Julai.

Bank pusat A.S. mengatakan kemungkinan akan mula mengurangkan pembelian bon bulanannya pada bulan November dan meningkatkan kadar faedah dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat