Perbincangan Lanjut Mengenai Perjanjian Pembekuan Bekalan Akan dijalankan Penghujung April Ini!

45

Harga minyak meningkat pada paras sederhana dalam sesi Eropah pada Khamis, melanjutkan pengunduran selepas terbang ke tahap tertinggi dalam tempoh empat minggu sebelum ini. Kebimbangan terhadap masalah lebihan bekalan juga kekal mempengaruhi sentimen buat pasaran ini.

WTI mentah pula mencatatkan junaman sebanyak 15 sen atau sekitar 0.3 peratus untuk diniaga pada $51.01 setong.

Di tempat lain, minyak Brent bagi penghantaran bulan Jun di ICE London menyusut sebanyak 8 sen kepada $54.28 setong. Penanda aras minyak global itu menyentuh paras tertinggi sejak 8 Mac lalu kepada $55.09 dalam sesi.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS sebelum ini melaporkan bahawa inventori minyak mentah meningkat sebanyak 1.57 juta tong minggu lepas ke satu lagi rekod tertinggi iaitu sebanyak 535.5 juta tong.

Pengeluaran minyak di AS dilaporkan meningkat sebanyak 52,000 tong sehari kepada 9.2 juta minggu lepas.

Angka ini bagaimanapun diimbangi dengan keyakinan bahawa OPEC dan sekutunya memberi komitmen terhadap usaha untuk mengurangkan bekalan di dalam pasaran global.

OPEC dan beberapa pengeluar utama non-OPEC telah bersetuju pada November tahun lalu untuk mengekang lebihan output sebanyak kira-kira 1.8 juta tong sehari bermula Januari sehingga Jun.

Satu jawatankuasa termasuk menteri-menteri OPEC serta pengeluar utama minyak dijadual akan bertemu pada penghujung April ini bagi membentangkan pandangan dan pendapat terhadap perjanjian tersebut. Keputusan muktamad pula akan diambil oleh kartel minyak pada 25 Mei nanti.

Di NYMEX pula, minyak petrol bagi penghantaran Mei direkod melonjak sebanyak 0.4 sen atau 0.3 peratus.

Aussie Melemah Sementara Kiwi Menjunam dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat