Percubaan Rundingan Krisis Geopolitk Gagal, Punca Pasaran Goyah

279

Jangkaan Rusia yang akan menyerang Ukraine walaupun terdapat percubaan rundingan antara negara tersebut telah membuatkan sentimen pasaran goyah sehingga menyebabkan niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) dan saham Eropah susut ‘merah’.

Persidangan bakal diadakan antara Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin andai pihak Rusia bersetuju untuk tidak menyerang Ukraine terlebih dahulu.

Tumpuan Kepada Hasil Rundingan

Pakar stategi BlueBay Asset Management berkata pihak Kremlin tidak terburu-buru untuk mengadakan persidangan tersebut namun mengesahkan akan terdapat mesyuarat pada masa terdekat ini.

Ekoran daripada itu, Menteri Luar British, Liz Truss menggandakan persediaan andai berlaku sebarang kegagalan sementara AS turut sama menyediakan pakej sekatan bagi menghalang institusi kewangan AS daripada memproses transaksi bank utama Rusia.

Niaga hadapan S&P 500 jatuh 0.25% sementara niaga hadapan Nasdaq turun 0.6%.

Pasaran AS ditutup pada hari Isnin kerana sambutan Hari Presiden.

Saham STOXX Eropah jatuh 0.63% manakala saham FTSE British turun 0.1%.

Indeks ekuiti MSCI dunia jatuh 0.2%, terendah sejak Jumaat sementara indeks MSCI Asia-Pasifik luar Jepun susut 0.5% dan Nikkei Jepun turun 0.8%.

Indeks dolar jatuh 0.2% pada 95.837 manakala Euro kukuh 0.2% pada $1.1343.

Selain isu krisis di Rusia, sentimen pasaran juga tertumpu kepada Federal Reserve (Fed) yang dijangka akan melaksanakan pengetatan secara agresif bagi membendung inflasi.

Fed dijangka akan menaikkan kadar tahunan sebanyak 5.1%, kadar terpantas sejak awal 1980-an selain kemungkinan kenaikan 50 mata asas pada Mac.

Impak Krisis Terhadap Komoditi

Pasaran minyak mentah menyaksikan minyak Brent tambah 53 sen pada $94.06 sementara minyak mentah AS naik 45 sen pada $91.52.

Emas yang pada mulanya melonjak ke paras tertinggi 9 bulan pada $1,908 per auns, susut sedikit pada $1,894 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat