Perdagangan China Lebih Baik Dari Jangkaan Pada April

51

Imbangan perdagangan China rekod lebihan perdagangan (trade surplus) lebih banyak berbanding jangkaan pada April.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Beijing rekod ‘trade surplus’ sebanyak 262.30 billion Yuan pada April naik dari 164.34 billion Yuan pada Mac. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah peningkatan kepada 197 billion Yuan.

Dalam nilai US dolar, lebihan perdagangan bertambah kepada $38.05 billion dari 23.93 billion. Manakala jangkaan pasaran ialah $35.5 billlion.

Import ke China naik kepada 11.9% dari segi tahunan berbanding sebelum ini yang mencatat kenaikan 20.3%. Import  ekonomi kedua terbesar ini semakin meningkat sejak Ogos 2016 apabila ketika itu ia direkod sebagai kenaikan pertama sejak dua tahun lepas.

Manakala eksport pula meningkat 8% dari segi tahunan (dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017) berbanding yang direkod sebelum ini sebanyak 16.4%. Pasaran menjangka eksport naik 18% manakala dari segi tahunan naik 10.4%.

Eksport China sejak akhir-akhir ini semakin meningkat selepas gagal mencapai pertumbuhan ekonomi 7.7% pada 2016. Perdagangan di China semakin baik walaupun berhadapan dengan kritikan Presiden US.

China kekal komited dalam perdagangan bebas global dan memberi amaran terhadap dasar ‘perlindungan’ dari barat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat