Perdana Menteri Baharu Lubnan, PM ‘Bidan Terjun’?

279

Pemimpin politik Lebanon menamakan diplomat Mustafa Adib sebagai perdana menteri negara yang dilanda bencana pada hari Isnin, memulakan pembentukan kerajaan baru yang ditugaskan untuk melaksanakan reformasi dalam kadar yang segera setelah kepemimpinan sebelum ini mengundur diri secara beramai-ramai.

Adib, yang sebelum ini berkhidmat sebagai duta besar Lubnan ke Jerman selama 7 tahun telah dilantik sebagai perdana menteri Lubnan kedua dalam tempoh 8 bulan, setelah teknokrat Hassan Diab mengundurkan diri berikutan letupan Beirut dan tokoh politik lama Saad Hariri mengundurkan diri pada bulan Oktober ketika protes besar-besaran diadakan.

Tetapi, majoriti warga Lubnan, ratusan ribu di antaranya melihat kediaman mereka musnah dalam letupan dahsyat 4 Ogos di pelabuhan Beirut mendakwa bahawa perubahan kakitangan di puncak pemerintahan itu hanyalah sebuah kerosakan. Bahkan beliau dianggap sebagai topeng sistem yang baharu dan tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa perubahan terhadap negara itu.

Negara yang memiliki hampir 7 juta penduduk itu dikhabarkan telah bertahun-tahun gagal melakukan reformasi politik dan ekonomi untuk menguruskan hutang, membersihkan sektor perbankannya dan menangani rasuah yang didalangi oleh golongan elit politik.

Meskipun pemimpin baharu itu telah mengemukakan kenyataan bahawa beliau akan melaksanakan reformasi penting dengan kadar segera untuk mendorong negara itu ke arah pemulihan, tetapi rakyat pimpinannya sudah seringkali ditaburi dengan janji yang sama.

Ketika negara itu menghampiri hiperinflasi, PBB telah memperingatkan bahawa lebih separuh penduduknya hidup dalam kemiskinan dengan 23% dalam kemiskinan tegar sementara 10% penduduk memiliki 70% kekayaannya.

Selain itu, kadar pengangguran yang dicatatkan sebanyak 40% sebelum penularan wabak pandemik COVID-19, dan negara tersebut berusaha untuk mengimport makanan dan bekalan perubatan.

Mantan perdana menteri negara itu didakwa telah gagal untuk menangani krisis kewangan yang dialami oleh negara berkenaan. Seterusnya, dikaitkan dengan dengan krisis rasuah.

Oleh itu, perlantikan perdana menteri baharu ini diharapkan agar dapat membantu negara tersebut ke arah transformasi yang lebih baik.

Baru-baru ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah berkunjung ke Beirut sejurus selepas pelantikan Adib. Selain itu, Macron didakwa telah memberi amaran jika reformasi tidak berlaku, termasuk di sektor perbankan dan di bank pusat, Perancis akan menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kelas pemerintah.

Persoalannya, adakah Lubnan akan berjaya untuk mencipta reformasi baharu yang sistematik dan lebih efektif?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat