Perdana Menteri Itali Sah Letak Jawatan – Ini Misi Baru Beliau!

273

Berdasarkan laporan terkini, perdana menteri Itali, Giuseppe Conte secara rasmi menyerahkan surat perletakan jawatan kepada ketua negara pada hari Selasa dengan harapan beliau diberi kesempatan untuk membentuk parti gabungan baru dan kemudian meraih kembali kedudukan dalam parlimen.

Dengan kata lain tindakan beliau dipercayai sebagai usaha untuk mendapat mandat bagi pembentukan pentadbiran baharu susulan pergolakan politik di negara itu. Pergolakan politik di negara itu yang semakin parah dengan berlakunya pandemik Covid-19 yang menyebabkan 85,000 penduduk Itali terkoban akibat pandemik itu. Jumlah kematian tersebut merupakan kedua tertinggi di Eropah setelah UK dan keenam tertinggi di dunia.

Berikutan bantahan yang bertalu-talu datang dari pelbagai pihak, Conte akhirnya telah kehilangan suara majoriti di Senat pada minggu lalu. Perkara ini sekaligus menandakan pentadbiran beliau semakin tenat. Pengunduran bekas perdana menteri Matteo Rezi yang memimpin parti Itali Viva menambahkan lagi kembimbangan terhadap pergolakan politik.

Penganalisis berpendapat sekiranya Conte mampu memperoleh sokongan yang diperlukan untuk menyusun pentadbiran baru, Pemerintah berkemungkinan akan memberikan Conte beberapa hari untuk menyelesaikan kesepakatan dan menyusun kabinet baru.

Harapan para pelabur adalah kestabilan politik dapat dicapai.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat