Perdana Menteri Jepun Nak Letak Jawatan?

462

Kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ke hospital baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan sama ada beliau akan terus kekal sebagai pemimpin negara ekonomi ketiga terbesar di dunia sehingga akhir September 2021 sebagai ketua parti pemerintah atau tidak.

Oleh itu, Abe merancang untuk mengadakan sidang akhbar mengenai kesihatannya secepat mungkin pada minggu ini. Selain itu, beliau dikhabarkan akan mengadakan rombakan ahli kabinet dan jawatan tertinggi parti bulan depan. Manakala sidang parlimen tambahan kemungkinan diadakan pada bulan Oktober atau pada masa akan datang dan pemilihan untuk majlis rendah parlimen mesti diadakan pada akhir Oktober 2021.

Berikut adalah prosedur yang harus diikuti jika perdana menteri itu tidak mampu lagi untuk memegang jawatan, atau mahu mengundurkan diri.

Menurut artikel 9 undang-undang kabinet Jepun mengatakan bahawa jika seorang perdana menteri dicegah menjalankan fungsinya, atau jawatan itu kosong, seorang menteri negara yang telah dilantiknya terlebih dahulu akan menjalankan tugas tersebut untuk sementara waktu.

Dalam senario seperti itu, Wakil Perdana Menteri, Taro Aso, yang memegang jawatan sebagai menteri kewangan, adalah calon yang pertama untuk menggantikan Abe, diikuti oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga. Walau bagaimanapun, pengambilalihan itu mungkin bersifat sementara, misalnya jika Abe dimasukkan ke hospital dan akan menjalankan tugasnya seperti biasa selepas itu.

Di samping itu, undang-undang berkenaan tidak menetapkan tempoh berapa lama pemangku perdana menteri dapat bertahan. Pada bulan April 2000, setelah perdana menteri Keizo Obuchi menderita strok dan koma, Mikio Aoki, yang ketika itu merupakan ketua setiausaha kabinet, memegang jawatan sebagai perdana menteri selama beberapa hari sehingga pemimpin dan perdana menteri parti baru dipilih.

Seorang pemangku perdana menteri tidak dapat melakukan pilihanraya dalam tempoh segera tetapi dapat mengawasi penyusunan bajet, menyimpulkan perjanjian dan memerintahkan mobilisasi tentera.

Sekiranya Abe mengumumkan niat untuk meletakkan jawatan, jadi pilihanraya dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) akan diadakan untuk mencari calon yang sesuai menggantikannya sebagai presiden, diikuti dengan suara di parlimen untuk memilih perdana menteri baru.

Meskipun begitu, Abe dan kabinetnya akan terus menjalankan pemerintahan hingga perdana menteri baru dipilih. Pemenang pilihanraya parti tersebut kemudian akan memegang jawatan itu sehingga akhir penggal Abe iaitu pada bulan September 2021.

Tambahan daripada itu, Presiden LDP yang baru mempunyai banyak kelebihan iaitu dijamin untuk dilantik sebagai perdana menteri, kerana parti itu mempunyai majoriti di dewan rendah parlimen. Kebiasaannya, parti mesti mengumumkan pilihanraya pemimpinnya sebulan lebih awal, dan ahli parlimennya memilih bersama dengan ahli akar umbi.

Namun, sekiranya berlaku perletakan jawatan secara tiba-tiba, anggota parlimen dan wakil tempatan parti sahaja yang akan terlibat untuk memilih pemimpin yang baru.

Sebagai contoh, pada tahun 2007, LDP mengadakan pemilihan pemimpin hanya dalam tempoh 11 hari setelah pengunduran diri Abe secara tiba-tiba, ketika beliau mengalami masalah kesihatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat