Perdebatan Boris Johnson Dan Jeremy Corbyn Pamer Keputusan Tinjauan Mengejutkan!

296

Perdana Menteri UK Boris Johnson dan pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn telah berhadapan antara satu sama lain dalam satu perdebatan semalam.

Selepas perdebatan selama satu jam, ia berakhir dengan keputusan tinjauan yang bercampur di mana tinjauan daripada YouGov menunjukkan parti pimpinan PM Johnson mendahului sokongan dengan 51% manakala Parti Buruh mengikuti rapat dengan 49%, manakala melalui tinjauan di Twitter, Corbyn mendahului dengan 78% dan PM Johnson sebanyak 22%.

Matlamat PM Johnson adalah masih sama iaitu untuk terus memacu slogan kempennya “Dapatkan Brexit” dan menunjukkan kepada negara itu bahawa Parti Konservatifnya akan menamatkan kebuntuan Brexit yang telah dialami selama tiga tahun.

Sementara bagi Corbyn, tugasnya lebih rumit kerana dasar Brexit Parti Buruhnya adalah untuk merundingkan perjanjian baru dengan Kesatuan Eropah (EU) dan kemudian mengadakan referendum kedua.

Seperti yang dijangkakan perdebatan tersebut menyentuh beberapa perkara walaupun pada mulanya, kelemahan Corbyn pada Brexit adalah jelas apabila dalam pernyataan pembukaannya beliau hampir tidak menyebut mengenai isu tunggal paling penting yang dihadapi oleh UK.

Bagaimanapun, apabila perdebatan itu menyentuh isu lebih luas yang dihadapi oleh negara, Corbyn mula menyerang dengan mendakwa bahawa perjanjian perdagangan UK dan Amerika Syarikat akan mengambil masa sehingga 7 tahun untuk berunding.

Selain itu, Corbyn juga menuduh PM Johnson mengadakan rundingan rahsia dengan AS untuk menggunakan kepentingan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai perjanjian perdagangan AS-UK, di mana belaiu akan membuka pasaran NHS kepada syarikat AS. Dakwaan tersebut bagaimanapun, terus dinafikan oleh PM Johnson berulang kali.

Sementara itu, PM Johnson terus mengulangi slogannya untuk meninggalkan EU pada 31 Januari 2020 dengan menyatakan semua calon parti pimpinannya telah berjanji akan menyokong perjanjian Brexitnya. Beliau turut menuduh Corbyn mahu terus memanjangkan penangguhan dalam Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat