Pergerakan EUR/USD Suram, Krisis Evergrande Hantui Pasaran

490

Sentimen risiko terus membanjiri pasaran pada saat ini apabila krisis yang dihadapi oleh Evergrande kekal menghantui pelabur setelah sahamnya telah ditangguh pada sesi dagangan di Hong Kong hari ini.

Faktor tersebut serba sedikit akan memberi sokongan kepada US dolar untuk mengukuh namun pergerakan harga masih lagi dilihat perlahan pada permulaan dagangan minggu ini.

Terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada bulan September yang diterbitkan pada Jumaat ini berkemungkinan bakal menyokong pengukuhan USD ekoran jangkaan bacaan yang meningkat.

Meneliti kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga tampaknya telah melonjak dengan agresif untuk didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Peningkatan itu juga mencatatkan kenaikan melebihi 40 pips dan memberi petanda yang jelas untuk pergerakan harga membuat perubahan trend bullish.

Paras 1.15700 kekal menjadi paras terendah dan sokongan terbaharu bagi 2021 yang mana paras tersebut telah pun menyokong harga untuk kembali mencatatkan lonjakan.

Jika corak head and shoulders yang dipamerkan di rangka masa 1 jam pada ketika ini memberi isyarat untuk kenaikan, harga dijangka akan menembusi zon SBR (support become resistance) 1.16000 dan meningkat lebih tinggi.

Corak uptrend yang lebih meyakinkan bakal melihat harga kembali menguji zon SBR selanjutnya sekitar 1.17000 di mana  merupakan paras sokongan yang diuji beberapa kali sebelum berjaya ditembusi pada minggu lalu.

Namun sekiranya sentimen semasa terus mengganggu pasaran, pergerakan harga berkemungkinan berupaya mencecah semula paras terendah 2021 di paras 1.15700.

Zon sokongan yang lebih rendah sekitar 1.15000 kekal menjadi paras tumpuan untuk dituju bagi melengkapkan corak double top yang masih kelihatan pada rangka pergerakan harga mingguan.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat