Pergerakan EUR/USD Tenang Sebelum Digoncang Powell

253

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD kekal menyaksikan harga mendatar di zon pariti $1.0000 untuk beberapa hari menuju ke penghujung minggu ini.

Tumpuan kekal terarah pada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada acara Simposium Jackson Hole yang akan bermula hari ini (Jumaat) selama 2 hari untuk petunjuk terhadap penetapan dasar monetari bank pusat yang seterusnya.

Terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam dengan angka yang sedikit baik telah menyokong US dolar untuk mengurangkan kerugian pada sesi sebelumnya, namun pengukuhan dilihat terhad ekoran bacaan data masih menunjukkan isyarat penguncupan ekonomi terbesar dunia itu pada suku kedua.

Ada kenaikan yang berlaku pada sesi Eropah semalam melepasi paras pariti 1.0000, namun harga kembali susut semula di bawah paras tersebut dan mendatar sehingga ke penghujung sesi New York.

Paras sokongan semasa harga dilihat pada sekitar 0.99500 dengan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan diperhatikan bagi isyarat pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga kekal gagal melepasi rintangan 1.0000, berkemungkinan harga lebih cenderung untuk alami penurunan lebih rendah.

Penurunan melepasi paras support 0.99000 bakal mencatatkan paras terendah 20 tahun terbaru lagi dengan sasaran untuk menuju sekitar 0.98000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak dan melepasi 1.0000, isyarat perubahan trend bullish itu seterusnya akan mendorong jangkaan untuk harga menuju ke rintangan berikutnya pada 1.0100.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju pula paras tumpuan seterusnya pada sekitar 1.01600 yang berada pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat