Pergerakan Pasaran: Isu Perdebatan Perdana Trump-Biden Terus Pengaruhi Pasaran!

251

Matawang US dolar didagangkan rendah pada hari Selasa berikutan data ekonomi yang bercampur dan tumpuan pasaran pada debat presiden US.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 93.957 setakat jam 11.00 p.m.

Laporan hari ini menunjukkan bahawa keyakinan pasaran US melonjak lebih dari jangkaan pada bulan September kerana sektor isi rumah melihat bahawa pasaran buruh semakin pulih. Lembaga Persidangan mengatakan pada hari Selasa indeks keyakinan pengguna meningkat kepada bacaan 101.8 bulan ini daripada 86.3 pada bulan Ogos.Para ahli ekonomi disisi lain menjangkakan indeks keyakinan pasaran meningkat sehingga 89.5 pada bulan September.

Selain itu, defisit perdagangan meningkat pada bulan Ogos seiring dengan peningkatan dalam sektor import. Hal ini dijangka akan membantutkan pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada perdebatan pertama antara Presiden Donald Trump dan pesaing utamanya, Joe Biden yang dijadualkan berlangsung pada Selasa (9.00 malam waktu Amerika).

Disisi lain matawang pound telah menunjukkan pengukuhan menjunam selepas kedua-dua belah pihak iaitu Kesatuan Eropah dan UK telah bertekad untuk mencapai persetujuan dalam beberpa perkara sebelum 15 Oktober.

Matawang pound didagangkan kukuh sebanyak 0.25% kepada paras bacaan 1.3047 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat