Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Isnin

527

Pasaran Matawang

Matawang euro mencatat kerugian pada awal dagangan pada hari Isnintetapi mula membuat kebangkitan walaupun terdedah dengan volatility pergerakan matawang berikutan pilihan raya Itali. Sikap kelompok skeptikal-euro tersasar apabila bilangan awal pilihan raya Itali lebih kukuh daripada jangkaan namun tiada blok utama parti yang memenangi kerusi majoriti.

Matawang euro mendapat dukungan isu Social Democratic Party (SPD) Jerman  yang akhirnya sepakat untuk membentuk sebuah kerjasama pemerintahan bersama parti konservatif Christian Democratic Union (CDU).

Matawang euro kini mula mengukuh sedikit sebanyak 0.09% kepada 1.2328.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan susut sebanyak 0.04% kepada 89.91 setakat jam 10.45 pagi.

Penyusutan US dolar masih lagi terkesan dengan tindakan Trump pada minggu lepas yang ingin mengenakan cukai import ke atas keluli dan alimunium.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah mengukuh pada hari Isnin berikutan tumpuan pasaran pada mesyuarat antara OPEC dan syarikat minyak syal US di Houston. Pasaran menjangkakan pengeluar-pengeluar minyak akan membincangkan lebih lanjut tentang global oil glut.

Harga minyak WTI naik kepada $61.48 setong dan Brent naik kepada $64.66 setong setakat jam 10.45 a.m.

Harga emas meneruskan peningkatan sebanyak 0.24% kepada 1326.40 berikutan penyusutan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat