Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Jumaat

493

Pasaran Matawang

Matawang US dolar menyusut pada awal pembukaan sesi dagangan Asia sebelum mula mengukuh kembali. Penyusutan US dolar pada awal sesi dagangan adlaah disebabkan kejatuhan hasil bon US daripada paras tertinggi yang dikecapi.

Menurut penganalisis, matawang US dolar telah menunjukkan trend pengukuhan bagi beberapa hari berturut-turut dan pedagang mengambil kesempatan untuk menjual sebahagian hasil bon.

Walaupun hasil bon jatuh sedikit namun pedagang harus berwaspada dengan peningkatan baru-baru ini dan impak negatif terhadap ekuiti. Menurut penganalisis, dalam kondisi seperti itu, permintaan matawang yen dijangka akan meningkat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan kukuh pada 89.72 setakat jam 10.20 a.m.

Matawang USD mengukuh berbanding matawang yen kepada 106.80. Manakala AUD/USD didagangkan susut sebanyak 0.14% pada 0.7834. Matawang EUR/USD susut sebanyak 0.07% kepada 1.2321 setakat jam 10.20 pagi.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mengukuh pada hari ini terutamanya minyak mentah U.S berikutan kejatuhan pengeluaran minyak mentah U.S buat pertama kali dalam masa 4 minggu.

Harga minyak WTI naik kepada $62.88 setong dan Brent naik kepada $64.87 setong setakat jam 10.30 a.m.

Inventori minyak mentah U.S jatuh sebanyak 1.616 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 9 Februari.

Harga emas terus mengalami penyusutan berikutan pengukuhan US dolar. Kini harga emas berada pada paras harga $1,331.70

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat