Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Khamis

526

Pasaran Matawang

Matawang US dolar kembali pulih daripada kejatuhan pada hari Khamis berikutan data pasaran buruh yang memberangsangkan dan dalam masa yang sama terdapat kenyataan White House bahawa Kanada, Mexico dan kemungkinan beberapa negara lain akan dikecualikan daripada pengenaan peningkatan cukai import ke atas keluli dan aluminium.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan kukuh sebanyak 0.01% kepada 89.57 setakat jam 10.45 pagi.

Matawang US dolar mengalami penyusutan semalam lantas selepas Gary Cohn, penasihat utama ekonomi Trump mengumumkan perletakawan jawatan.

Permasalahan politik di Korea kelihatan tidak akan memberi impak buat masa sekarang terhadap dolar US karena Korea Utara sudah mula menunjukkan bibit-bibit perdamaian dengan Trump agar penghapusan senjata nuklear dapat dilaksankan.

Matawang Euro mengalami penyusutan berbading US dolar sebanyak 0.06% kepada 1.2402.

Pasaran menjangkakan kadar polisi tidak berubah pada ketika ini namun akan terdapat indikasi penting pada masa akan datang.

Pasaran Komoditi

Harga minyak dibuka bercampur, harga minyak brent mengalami kejatuhan manakala minyak mentah US mula mencatat peningkatan selepas mengalami kejatuhan semalam.

Harga minyak WTI naik kepada $61.31 setong dan Brent naik kepada $64.49 setong setakat jam 10.45 pagi.

Harga emas masih menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07% kepada 1328.50 berikutan penyusutan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat