Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Rabu

596

Pasaran Matawang

US dolar kekal stabil berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu. Matawang US dolar sudah mula mengukuh daripada paras terendah 3 tahun lalu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain stabil pada 89.64 setakat jam 10.30 a.m.

Matawang USD mengukuh berbanding matawang yen kepada 107.61. Manakala AUD/USD didagangkan susut sebanyak 0.08% pada 0.7879. Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 0.03% kepada 1.2341.

Menurutu Horchani, ketua jualan dagangan di Asia Pasifik, matawang US dolar dijangka akan mengukuh selepas jualan matawang tersebut pada akhir-akhir ini.

Matawang yen sedikit menyusut selepas diplomat matawang Jepun, Masatsugu Asakawa memberi komentar bahawa pergerakan yen pada akhir-akhir ini bersifat sehala.

Para pelabur kini memberi tumpuan pada ucapan FOMC.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mulai jatuh pada hari Rabu.

Harga minyak WTI jatuh kepada $61.36 setong dan Brent jatuh kepada $64.83 setong setakat jam 10.30 a.m.

Hal ini berikutan pengukuhan US dolar yang mula bangkit daripada paras terendah 3 tahun lalu.

Menurut penganalisis harga mibnyak Brent berpotensi untuk jatuh dalam lingkungan $63.92-$64.41 setong.

Pedagang juga berpandangan bahawa pengukuhan US dolar merupakan faktor kejatuhan harga kerana ia berpotensi mengurangkan permintaan.

Harga emas terus mengalami penyusutan berikutan pengukuhan US dolar. Kini harga emas berada pada paras harga $1,331.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat