Pergerakan Pasaran Pada Permulaan Minggu Ini Agak Mendatar Dengan Ketiadaan Data Ekonomi Utama

355

Matawang Dolar pada hari ini menaik sedikit berbanding Euro pada awal dagangan Eropah selepas terdapat tinjauan ekonomi yang kurang baik pada minggu lepas daripada institut Jerman dengan menunjukkan sektor eksport mereka menurun serta indeks keyakinan jatuh ke paras terendah sejak dua setengah tahun.

Namun permulaan dagangan minggu ini secara besarnya bergerak agak mendatar dengan Australia bercuti dan kurang data ekonomi utama dalam kalendar hari ini.

Walaupun penutupan kerajaan Amerika Syarikat berakhir, pelabur tetap berhati-hati dengan ancaman oleh Presiden Donald Trump untuk menutup kerajaan sekali lagi jika permintaan dananya untuk membina tembok AS-Mexico tidak dapat dipenuhi dalam jangka waktu 3 minggu ini.

Menurut ahli strategi matawang Bank of Singapore, Sim Moh Siong, beliau mengatakan bahawa arah besar buat AS Dolar setakat ini masih menurun dan akan mengambil isyarat daripada mesyuarat FOMC awal Khamis ini. Beliau menambah, Federal Reserve berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedah memandangkan keadaan ekonomi agak goyah.

Beralih kepada Pound Sterling pula, matawang ini didagangkan merosot selepas mencatat kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh lebih daripada 15 bulan minggu lepas apabila pelabur mengambil dahulu posisi belian sebelum satu lagi siri perdebatan peringkat Parlimen Britain pada hari esok yang bertujuan untuk memecahkan kebuntuan Brexit. Beberapa para analisis menjangkakan GBP kekal tidak menentu menjelang esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat