Pergerakan Pasaran Perlahan Sehingga Dagangan Sesi Eropah Hari Ini

269

Kebimbangan terhadap ekonomi China pudar ekoran fokus pasaran yang lebih terarah pada situasi di Arab Saudi serta jangkaan keputusan Federal Reserve untuk mesyuarat FOMC pada minggu ini.

Berdasarkan data domestik, selain bacaan data jualan runcit yang menurun, data pengeluaran perindustrian China turut merosot apabila merekodkan bacaan paling lemah untuk tempoh lebih 17 tahun.

Timbalan Presiden China, Liu He menyatakan adalah sukar untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di paras 6% atau lebih tinggi.

Perkembangan rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat masih lagi dipantau pelabur dengan harapan kedua-dua ekonomi gergasi dunia itu mencapai kesepakatan selepas pertelingkahan dalam hubungan dagang memasuki tahun kedua.

Dagangan dolar Australia turut terkesan ekoran gambaran ekonomi China yang lemah di samping ditekan oleh minit mesyuarat bank pusat Australia yang bernada dovish.

Sementara dagangan dolar Amerika Syarikat mendatar dengan sentimen pasaran masih lagi dilihat kekal berisiko menjelang mesyuarat empat bank pusat utama pada Khamis.

Sesi dagangan Eropah hari ini memberi tumpuan pada data sentimen keyakinan tinjauan ZEW di zon Eropah termasuk tinjauan di Jerman.

Bacaan data sentiment ZEW untuk bulan September yang dikeluarkan mencatatkan angka bacaan yang lemah walaupun sedikit tinggi berbanding bacaan data terdahulu. Dengan itu, dagangan dolar Euro dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran semasa.

Sentimen Brexit pula masih belum memberikan perkembangan yang positif buat pelabur dengan pergerakan Pound Sterling pada awal minggu perlahan sementara pasaran menantikan keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat