Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

41

Forex

Matawang US dolar didagangkan tinggi berbanding matawang yen pada hari Isnin dalam sesi dagangan Asia berikutan tumpuan pada data ekonomi dan kemajuan pelan reformasi cukai.

US dolar mencatat bacaan 111.63 berbanding yen pada awal pagi pembukaan pasaran sebelum jatuh kepada 111.37 iaitu sebanyak 0.11%. Manakala AUD menyusut sebanyak 0.20% kepada 0.7601 berbanding US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sedikit 0.03% kepada 92.75 dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin setakat jam 11.25 pagi.

  • Tumpuan pasaran pada data pendapatan dan perbelanjaan individu dan beberapa data lain. Pasaran juga memberi tumpuan pada ucapan ahli-ahli FOMC termasuk Janet Yellen.

Matawang Euro mengukuh pada awal pagi sebelum mecatat penyusutan sebanyak 0.06% berbanding US dolar kepada 1.1926. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.11% kepada 1.3319 setakat jam 11.25 pagi.

  • Pengukuhan Euro didorong oleh pertumbuhan data keyakinan perniagaan Jerman yang kukuh. Hal ini memberi indikasi bahawa terdapat pertumbuhan yang mampan dalam zon ekonomi eropah.
  • Selain itu, pengukuhan Euro juga didorong kerisauan dan ketidakstabilan politik Eropah yang semakin memudar.

Ringgit Malaysia juga dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini didorong permintaan yang kukuh dan faktor luaran positif. Selain itu turut menyumbang kepada pengukuhan matawang ringgit ialah jangkaan peningkatan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Januari tahun depan.

Minyak

Harga minyak bercampur namun masih kekal di paras tertinggi 2 tahun lalu pada hari Isnin.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.44% kepada $58.69 setakat jam 11.25 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.52% kepada $63.80 setong setakat jam 11.25 pagi.

  • Penutupan saluran minyak mentah Keystone dari Kanada ke US mendorong harga minyak mentah naik kerana US terpaksa mengurangkan inventori minyak.
  • Harga minyak mentah meningkat 38% iaitu keparas $59 setong sejak pertengahan Jun.
  • OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil. Pelanjutan pemotongan pengeluaran minyak itu menunjukkan tanda-tanda positif.

Emas

Harga emas naik dalam pasaran Asia pada hari Isnin, berikutan tumpuan pasaran pada perubahan di Federal Reserve dan ucapan ahli-ahli FOMC termasuk Janet Yellen.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik sebanyak 0.14% kepada $1,289.09 per auns setakat jam 11.25 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat