Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

42

Forex

Matawang U.S dolar didagangkan tinggi dalam pembukaan pasaran Asia pada hari Khamis.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sebelum menyusut sedikit 0.12% kepada 93.11 dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis setakat jam 10.35 pagi.

Pengukuhan US dolar didorong oleh 2 fator penting iaitu;

  • Pertama, data ekonomi US yang positif.
  • Ekonomi Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan lebih pantas pada suku ketiga yang tertinggi sejak tiga tahun lepas disokong oleh peningkatan pelaburan perniagaan dalam komponen inventori walaupun perbelanjaan pengguna hanya sederhana.
  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik 3.3% pada suku ketiga yang turut dilonjakkan oleh kenaikan semula perbelanjaan kerajaan. Pertumbuhan kali ini melebihi suku kedua yang mencatat kenaikan 3.0%.
  • Kedua, tumpuan pasaran pada kemajuan pelan potongan cukai Trump.
  • Kongres Republik menyatakan kerisauan bahawa pelan tersebut akan menambah lagi defisit kerjaan.

AUD mengukuh sebanyak 0.19% kepada 0.7585 berbanding US dolar. Matawang NZD menyusut sebanyak 0.55% kepada 0.6843 setakat jam 10.35 pagi.

Minyak

Harga minyak mentah meneruskan kejatuhan empat hari berturut-turut pada Khamis dalam pasaran Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh pada awal pembukaan dan kini naik sebanyak 0.09% kepada $57.35 setakat jam 10.35 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.06% kepada $62.66 setong setakat jam 10.35 pagi.

  • Kejatuhan harga ialah disebabkan ketidakpastian terhadap keputsan pada mesyuarat antara OPEC dan pengeluar utama minyak di Viena.
  • Pada pertemuan awal yang dihadiri oleh 6 menteri seakan-akan menunjukkan bahawa Iran dan Rusia bersetuju untuk melanjutkan berjanjian potongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun 2018.
  • Pasaran bimbang dengan pendirian yang bakal di ambil oleh Rusia sama ada akan bersetuju dengan lanjutan tempoh pemotongan atau sekadar pada Mac 2018.

Emas

Harga emas jatuh dalam pembukaan pasaran Asia berikutan komentar Janet Yellen yang bersifat hawkish dan pertumbuhan GDP U.S yang memberangsangkan.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.14% pada Rabu kepada $1,283.88 setakat jam 10.35 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat