Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

48

Forex

Matawang US dolar mengukuh ke paras 2 minggu tertinggi berbanding matawang utama pada hari Jumaat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh 0.17% kepada 93.91 dalam sesi dagangan Eropah pada Jumaat setakat jam 04.15 p.m.

  • Pengukuhan matawang tersebut didorong oleh tumpuan pasaran yang optimis terhadap kemajuan reformasi cukai US.
  • Selain itu, pasaran juga memberi tumpuan pada data pekerjaan yang bakal dikeluarkan pada malam ini.
  • Senat Republik US telah bersetuju untuk berunding dengan dewan rakyat berkenaan pelarlaksanaan reforamsi cukai. Setakat ini terdapat indikasi bahawa pembuat dasar akan bersetuju untuk melaksanakannya.

AUD mencatat pengukuhan sebanyak 0.08% kepada 0.7516 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.20% kepada 0.6845 setakat jam 04.15 p.m.

  • Pengukuhan AUD didorong oleh peningkatan import China melebihi jangkaan iaitu sebanyak 17.7%.

Minyak

Harga minyak naik dalam sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.09% kepada $56.74 setakat jam 04.15 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.24% kepada $62.35 setong setakat jam 04.15 p.m.

  • Harga minyak bercampur dalam pembukaan sesi dagangan Eropah pada awalnya kerana didorong oleh pengukuhan US dolar walaupun sentimen lanjutan perjanjian pemotongan pengeluaran oleh OPEC.

Emas

Harga emas didagangkan pada paras 5 bulan terendah pada hari Jumaat berikutan tumpuan pasaran yang optimis terhadap kemajuan reformasi cukai US mendorong pengukuhan US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.24% pada Khamis kepada $1,250.10 setakat jam 04.15 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat