Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

63

Forex

Matawang dolar Australia dan New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa dalam sesi dagangan Eropah berikutan tumpuan pada peningkatan kadar faedah.

US dolar mencatat bacaan 111.21 berbanding yen dalam sesi dagangan eropah dengan kejatuhan sebanyak 0.04%. Manakala AUD mengukuh sedikit sebanyak 0.03% kepada 0.7604 berbanding US dolar. Matawang NZD mengukuh sebanyak 0.26% kepada 0.6932 setakat jam 0.4.45 petang. Bacaan ini merupakan bacaa tertinggi sejak 11 Oktober lalu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sebanyak 0.08% kepada 92.78 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa setakat jam 0.4.45 petang.

  • Sentimen penyusutan US dolar itu masih dipengaruhi dengan sentimen ucapan Federal Reserve yang menunjukkan sebahagian ahli FOMC menzahirkan kerisauan terhadap kadar inflasi yang lemah.
  • Pelabur memberi tumpuan pada ucapan Jerome Powell pada malam ini bagi mendapatkan indikasi dasar polisi pada masa akan datang.
  • Berdasarkan kenyataan bertulis, Powell yang dikeluarkan pada Isnin menyokong teras utama kepada bank pusat U.S. sejak krisis 2007 sehingga 2009 – iaitu kesudian untuk bertindak aggresif semasa kemelesetan dan desakan terhadap perubahan dan kebebasan daripada pengaruh politik dalam membentuk polisi.
    Sila baca disni lebih lanjut; https://intraday.my/jerome-powell-berikrar-akan-mencapai-dua-matlamat-federal-reserve/

Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.11% kepada 1.1911. GBP/USD kekal stabil pada 1.3316 setakat jam 0.4.45 petang.

Minyak

Harga minyak jatuh dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.84% kepada $57.62 setakat jam 0.4.45 petang.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.36% kepada $63.15 setong setakat jam 0.4.45 petang.

Sentimen kejatuhan harga minyak masih lagi didorong oleh faktor yang sama dalam sesi dagangan Asia.

  • Kejatuhan ini didorong oleh sentimen ketidakpastian terhadap lanjutan perjanjian pemotongan minyak oleh pengeluar minyak utama.
  • Terdapat ketidakpastian bahawa Rusia akan turut ikut serta terhadap lanjutan pemotongan harga minyak.
  • Selain itu, jangkaan pasaran bahawa akan terdapat peningkatan pengeluaran berikutan saluran minyak Keyston akan mula beroperasi.
  • Menurut kenyataan TransCanada Corp bahawa mereka akan mula beroperasi dan mengeluarkan kembali 590,000 tong minyak setiap hari.

Emas

Harga emas jatuh dalam pasaran Eropa pada hari Selasa, berikutan tumpuan pasaran pada ucapan ahli-ahli FOMC termasuk penasihat kewangan U.S. Pelabur memberi tumpuan pada perlaksanaan dasar monetar pada masa akan datang.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.16% kepada $1,292.38 per auns setakat jam 0.4.45 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat