Jerome Powell Berikrar Akan Mencapai Dua Matlamat Federal Reserve

44

Jerome Powell dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pada Isnin menyokong teras utama kepada bank pusat U.S. sejak krisis 2007 sehingga 2009 – iaitu kesudian untuk bertindak aggresif semasa kemelesetan dan desakan terhadap perubahan dan kebebasan daripada pengaruh politik dalam membentuk polisi.

“Kita mesti fleksibel dalam mengubah polisi,” kata Powell dalam ucapan bertulis yang dikeluarkan lebih awal.

“Saya akan buat apa saja dengan kuasa yang ada untuk mencapai matlamat dalam masa yang sama mengekalkan kebebasan Federal Reserve,” kata Powell yang merujuk kepada mandat pemaksimuman pekerjaan dan kestabilan inflasi.

Trump telah mencalonkan Powell, 64 sebagai pengganti Janet Yellen di mana beliau telah berkhidmat sebagai Gabenor sejak 2012.

Powell dilihat bersetuju dengan peraturan baru terhadap bank sejak 2009 yang menjadikan sistem kewangan lebih selamat. Namun, beliau cuba mencari cara untuk melonggarkan peraturan itu dengan cara yang selamat.

“Kita akan mempertimbangkan cara yang sesuai untuk melonggarkan peraturan ini dengan mengekalkan teras yang penting,” kata Powell dalam kenyataannya.

Dalam polisi monetari semasa, kata beliau, “Kami jangka kadar faedah akan naik dengan saiz penyata imbangan akan dikurangkan secara beransur-ansur.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat