Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Menjelang ‘London Open’

56

Matawang Yen mengukuh dalam sesi Asia pada Rabu berikutan minit mesyuarat Bank of Japan menunjukkan pembelian aset bon kerajaan Jepun boleh berubah.

Usd/Jpy kini melemah sejak Selasa dan telah menyusut 0.18%, di mana Aud/Usd jatuh 0.28%. Gbp/Usd jatuh 0.05% setakat pukul 2 petang waktu Malaysia.

“Selagi bank pusat tidak mengesahkan secara lanjut program pembelian bon, pengukuhan dan kestabilan pembelian tersebut tidak akan terjamin sehingga 2018,” seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat. Individu tersebut turut menyatakan permintaan-penawaran dalam pasaran bon kerajaan Jepun mungkin cenderung untuk mengetat yang disebabkan amaun penjualan yang dikurangkan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain ketika ini berada di sekitar 97.40.

Dalam sesi dagangan Selasa US dolar dilihat terus mengukuh selepas komen positif dari pegawai-pegawai The Fed pada Isnin yang menyokong kenyataan bank pusat minggu lalu. Secara umumnya, pasaran minggu ini turut memberi perhatian kepada komen pegawai-pegawai The Fed bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang akan dilakukan oleh bank pusat beberapa bulan akan datang.

Penggerak utama pasaran matawang pada Selasa tidak dinafikan adalah ucapan oleh Gabenor Carney yang menyebabkan Gbp/Usd jatuh sehingga 150 pip, apabila beliau mengatakan, “ini bukan masanya untuk menaikkkan kadar faedah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat