Pergerakan Semasa Pasaran Forex Menjelang Pembukaan Sesi New York

578

Matawang GBP dan Euro bergerak lebih rendah pada Selasa dengan US dollar membuat kenaikan daripada paras terendah tiga minggu yang lalu.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.09% setakat pada pukul 8.05 malam.

US dollar pada mulanya lemah pada sesi Asia sehinggalah awal sesi Eropah pada Selasa. Dalam masa yang sama sentimen semakin baik dalam sesi Asia berikutan isu Syria yang semakin reda dan mengurangkan potensi konflik berpanjangan antara Amerika-Russia.

Major pair EUR/USD jatuh 0.11% setakat pada pukul 8.08 malam. GBP/USD pula susut 0.06% dengan USD/JPY  susut 0.02%. AUD/USD  jatuh 0.14% dengan NZD/USD jatuh 0.30% setakat ini.

Matawang paling kuat menjelang pembukaan sesi New York hari ini adalah CAD. Manakala matawang paling lemah adalah NZD dan CHF. Pair NZD/CAD setakat ini telah susut 0.43% (-41 pip). Pair CAD/CHF pula naik 0.50% (+38 pip).

Pair matawang NZD dan AUD agak tertekan pada Selasa berikutan data pengeluaran industri China yang meleset daripada jangkaan.

Matawang US dollar mengalami kejatuhan pada Isnin selepas tweet terbaru Presiden Trump yang mengkritik tindakan China dan Russia merendahkan nilai matawang mereka.

Matawang Euro sedikit tertekan pada pukul 5 petang Selasa apabila data ZEW sentimen ekonomi Jerman jatuh mendadak pada bulan April. Sebab kejatuhan ini adalah kejatuhan terhadap jangkaan perdagangan dunia berikutan keadaan semasa konflik Amerika Syarikat dan keadaan semasa di Syria.

Matawang GBP pula tertekan disebabkan data gaji yang meleset. Gaji dalam tempoh 3 bulan sehingga Februari hanya meningkat 2.80% tidak berubah daripada bacaan sebelum ini. Namun, bacaan terkini kurang daripada jangkaan pasaran 3.00%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat