Pergerakan Semasa Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini

552

US dollar membuat kenaikan pada Selasa dengan hasil-bon AS mengukuh yang mempengaruhi pelabur untuk memegang matawang greenback itu. Walaupun US dollar gagal mengukuh berbanding Euro dan GBP sejak beberapa sesi dagangan lepas, tetapi ia tetap kuat berbanding matawang negara baru membangun (emerging markets).

Matawang Yuan pula telah jatuh ke paras terendah dua bulan yang lalu.

“US dollar kelihatannya akan terus menguat berbanding matawang negara baru membangun berikutan lebih banyak jangkaan kenaikan kadar faedah dan juga konflik perdagangan AS-China,” demikian kata Piotr Matys strategist matawang di Rabobank London.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar dengan hanya naik 0.01% setakat pada pukul 5.48 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.08%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.33%. USD/JPY pula naik 0.30%, dengan USD/CAD didagang 0.12% lebih rendah. USD/CHF pula didagang meningkat 0.13%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.08% dan kenaikan 0.38% setakat ini.

Matawang GBP menguat pada pukul 4.30 petang tadi selepas beberapa data pekerjaan dari UK dikeluarkan. Kadar kenaikan gaji (Average Earning Index) naik pada kadar terpantas sejak 10 tahun lalu pada bulan Ogos yang melonjakkan jangkaan terhadap ekonomi UK.

Average earning meningkat 3.1% dalam tempoh tiga bulan sehingga Ogos seperti yang dilaporkan oleh Pejabat Statistik. Dalam masa yang sama kadar pengangguran pula kekal pada kadar 4.0%.

Dalam perkembangan di Eropah, matawang Euro jatuh selepas tinjauan ekonomi ZEW dikeluarkan pukul 5 petang tadi. Tinjauan yang dijalankan terhadap pelabur-pelabur di Jerman itu menunjukkan keyakinan mereka merosot pada Oktober.

Institut Penyelidikan ZEW menunjukkan tinjauan terhadap sentimen ekonomi di Jerman jatuh ke paras -24.7 pada bulan ini dari -10.6 sebelum ini pada September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat