Pergerakan Terkini Pasaran Pada New York Open: USD dan GBP Matawang Paling Lemah

540

US dollar didagangkan di bawah paras tertinggi empat bulan lalu berbanding beberapa matawang pada Khamis dengan fokus pasaran kini beralih kepada data-data ekonomi dan hasil rundingan perdagangan antara AS-China di Beijing.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain jatuh 0.30% setakat pada pukul 8.53 malam.

Major pair EUR/USD naik 0.24% dengan GBP/USD naik 0.10%. USD/JPY pula jatuh 0.53%, USD/CAD jatuh 0.11% dan USD/CHF jatuh 0.11%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.45% dan 0.54% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan Yen, manakala matawang paling lemah adalah USD dan GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair USD/JPY jatuh 0.53% dan NZD/USD naik 0.54%. Manakala pair GBP/JPY dan GBP/NZD masing-masing jatuh 0.47% dan 0.53%.

The Fed pada Khamis agak neutral dan mengekalkan kadar faedah di paras 1.75%. Bank pusat juga mengatakan inflasi bergerak hampir ke sasaran 2% tetapi dilihat boleh mempertimbangkan jika inflasi sedikit melebihi paras sasaran tersebut. Oleh itu, pasaran melihat The Fed tidak akan begitu aggresif dalam menaikkan kadar faedahnya di masa hadapan.

US dollar agak tertekan dengan pasaran sebelum ini menjangka satu kenaikan kadar faedah yang lebih pantas tetapi jangkaan itu meleset selepas penetapan FOMC.

Pengukuhan matawang NZD ketika ini adalah disebabkan kelemahan US dollar itu sendiri. Bukan NZD sahaja, tetapi AUD juga membuat kenaikan dengan matawang US dollar tertekan disebabkan kejatuhan Hasil-Bon 10-tahun AS.

Faktor kelemahan matawang GBP pula adalah kelemahan data indeks PMI sektor perkhidmatan yang dikeluarkan pada pukul 4.30 petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat