Pergerakan Terkini Pasaran : Sentimen Perang Dagang Sedikit Reda

521

US dollar cuba membuat sedikit kenaikan pada Selasa dengan kebimbangan pasaran dilihat sedikit reda.  Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.20% setakat pada pukul 8.41 malam.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini susut 0.21% dengan GBP/USD jatuh 0.20%. USD/JPY setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.13%, USD/CAD pula naik 0.14% dengan USD/CHF naik 0.19%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.16% dan 0.52% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY (Yen), manakala matawang paling lemah adalah, NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY merekodkan penurunan 0.58%. Pair JPY yang lain seperti AUD/JPY, USD/JPY dan EUR/JPY masing-masing susut 0.29%, 0.12% dan 0.33%.

Matawang Yen masih mendahului matawang utama yang lain sebagai matawang paling kuat menjelang sesi New York pada Selasa. Ketegangan perang dagang telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti Yen.

Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda bahawa pasaran beransur pulih ketika ini dengan peningkatan oleh indeks saham di Eropah. Hampir keseluruhan pasaran saham Eropah kini didagang positif.

Bukan itu sahaja, pasaran niaga hadapan Wallstreet juga berada dalam keadaan positif ketika ini menunjukkan kemungkinan saham-saham Amerika dibuka lebih tinggi sebentar nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat